Thursday, December 29, 2011

~Duhai Wanita~

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.




Saturday, December 24, 2011

~Kesempurnaanku~


Ayah dan ibu...
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Ahai....
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan Ibulah mesti dihormati
Ayah dan ibu...
Wali..wali keramat
Pada mereka kita beri hormat..
Ahai...
Pakailah tunjuk ajar dan nasihat..
Ahai...
Supaya hidup..
Supaya hidup kita akan selamat..


Sayang mak n ayah sgt2!!!

(Khas Buat : Ayanda dan bonda tercinta En.Mansor Bin Hj.Idris & Pn.Norsimah Binti Mat)



Monday, December 19, 2011

Akhirnya.... 18 Disember 2011





Assalamualaikum...
Fuhh! berakhir sudah pementasan teater kami yang bertajuk Dua Dunia. Huhu...tuu posternyer.
Alhamdulillah semuanye berjalan dengan lancar..segala penat lelah dan usaha keras kami berbuahkan hasil..
Berakhir jugaklah latihan-latihan ditengah malam...hahaha...seronoknyer! 
Tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya pelajar-pelajar Bac.Pendidikan Pengajian Moral Sem3 & pelajar-pelajar Bac.Pendidikan B.Melayu Sem 1..


Cayok2!!!..   





Monday, December 12, 2011

~ Meningkat Dewasa ~


Ini merupakan tarikh keramat yang menandakan diri ini semakin dewasa..huhu..   

Tuesday, November 22, 2011

~Kenapa Wanita Mudah Menangis~

Setiap wanita sememangnya dikurnikan hati yang tulus, lembut dan mudah tersentuh. Wanita merupakan insan yang paling mudah menangis. Ada juga yang menyatakan bahawa menangis merupakan hobi wanita..hehe..btol ke?

Mengikut kajian. komposisi air mata wanita mengikut sebab dia menangis. Menangis sebab gembira, menangis sebab takut, menangis sebab terharu,masing-masing mempunyai kandungan air mata yang berbeza-beza. Fitrah seorang wanita menangis kerana Allah jadikan tangisan wanita itu untuk mencuci matanya dan membuang bahan-bahan kimia yang negatif yang menyebabkan stress dalam badan. Wanita cuci mata dengan menangis tetapi kaum adam cuci mata dengan melihat wanita menangis. Mata wanita akan bersih selepas menangis..

Antara punca kenapa wanita mudah menangis adalah untuk menghilangkan stress. Apabila seorang wanita menangis emosinya turun ke tahap yang paling rendah dan pastinya dia akan berasa lega dan emosinya stabil dengan menangis. Wanita juga mudah menangis apabila menghadapi tekanan.

Tangisan wanita juga merupakan satu ugutan emosi. Contonya, apabila seorang wanita menangis sudah tentu orang disekeliling akan lintang pukang dan menjadi hilang punca..hehe... terutama apabila seorang suami melihat isterinya menangis. Sudah pasti suami akan berasa kebingungan dan rasa bersalah. 

Percaya tak kalau saya cakap apabila wanita menangis dunia berhenti sebentar. "the world will stop for the moment because a women cry" Contonya, seorang guru perempuan menangis sudah pasti murid-murid akan kebingungan dan tergamam, dan pastinya murid perempuan juga akan turut menangis. Nampak x!
hebatnya tangisan seorang wanita.

Bagi wanita yang mudah menangis, ada cara untuk mengatasinya. Caranya ialah banyakkan memberi senyuman. Apabila anda ingin menangis cubalah untuk senyum dahulu sebelum membayangkan peristiwa yang sedih itu. Ini kerana apabila kita senyum pelbagai hormon positif akan keluar seperti hormon indofin.

Tangisan wanita yang berkualiti adalah seperti tangisan wanita yang bertaubat, semasa bermunajad kepada Allah,  mengenang pengorbanan Rasul, tanda syukur dan redha dan akhir sekali ialah tanda bahagia.


Wednesday, November 2, 2011

~ Never Give Up ~


Sesungguhnya kita perlu berusaha untuk mencapai sesuatu 
kejayaan tanpa mengenal erti putus asa....


video

~ This I Promise ~

I can't promise you a rose garden
For its way out of my tiny might
The wildest of dreams
For i want just to be true
Till the day I'd come
With a heart full of blossoms
This, I promised

I can't promise you a Taj Mahal's wedding
For I don't even dare to dream
Knowing I would fail you
For not being me
And not being real
Dreaming the wildest of dreams
O yes,only my true love.
This, I promised

I can't promise you showering gifts
The glitters of women needs
Those faraway beaches
Or Nusa Dua sunsets
For I have nothing more to give
Than my trusting you
And smiles on my face
This, I promised

This, my love I promised
The sweetest smile you'll ever had
A shoulder for you to cry-on
An ear that would always readyto listen
Eyes that look straight into yours
Comforting wors whwn you're angry
And children who would later be a somebody. Promised......

Karya : Camar Putih (Puisi Orang Bertujuh)

Thursday, September 22, 2011

Dunia Baru Ku..

Kehidupan telah berubah
Dunia semakin luas
Banyak cabaran yang bakal ditempuh
Banyak dugaan akan dilalui
Ada manis ada pahit,akan ku telan jua


Setiap langkah penuh makna
Satu azam dihimpun bersama
Satu harapan bersama dengannya


Aku usaha untuk berjaya
Aku berjaya untuk ibubapa
Untuk bahagia di hari muka
Bersama insan yang tercinta




Tuesday, July 26, 2011

~ Menjaga Hati ~

 Assalamualaikum...


HATI adalah sesuatu yang susah ditafsirkan... Sekali ia terdetik SAYANG,maka segalanya akan menjadi indah... Baginya insan yang disayangi adalah yang paling penting diantara yang terpenting TETAPI jika hatinya terdetik BENCI,maka tiada sesuatu pun yang akan membuatkan nya gembira...dan jika ia terluka segalanya tiada makna kerna sakitnya hati yang terluka lebih sakit dari tikaman pisau yang tajam. JAGALAH HATI YANG MENYAYANGIMU....

Monday, July 25, 2011

Teman Hidup


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Monday, July 18, 2011

~ Sayap-Sayap Cinta ~

video

Sayap-Sayap Cinta by VR2

huhu..ske lagu nie..
lagu sekadar hiburan melepaskan tensen..
juga ditujukan kepada insan tersayang
hehe..Jom layann!

Friday, May 13, 2011

MALU Salah Satu Cabang Iman

Malu mempunyai pengertian yang besar dalam islam. Sifat malu adalah sebahagian daripada
iman. Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya. Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
Islam menggariskan sifat malu itu perlu ada pada diri setiap muslim sebagai perisai kepada orang yang beriman setiap kali hendak melakukan pekerjaan atau perbuatan dosa. Mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan hari kiamat adalah mereka yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat setiap kali ingin membuat dosa, biarpun ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.
Dari Abi Mas'ud Uqbah bin Amru al-Badri radiyallahu 'anh,katanya : Rasulullah sallallahu'alayhi wa sallam bersabda : Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi terdahulu ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki... Diriwayatkan oleh Bukhari.
Hadith tersebut walaupun ringkas tetapi kemas. Cukuplah untuk dijadikan pedoman atau pengukur nilai akhlak seorang dari segi perbuatannya. Kerana perbuatan mencerminkan nilai kesopanan seseorang. Orang yang sopan tidak mahu berbuat sesuatu yang memalukan atau yang boleh mendatangkan kecelakaan. Sebab orang yang sopan ialah orang yang malu. Malu adalah adab dan tata tertib dunia dan agama sejak dari syariat rasul-rasul dan nabi-nabi terdahulu.
Malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala apa yang terpuji. Sumbernya adalah dari hati atau jiwa yang sedar nilai diri yang percaya kepada pengawasan ALLAH atas gerakgeri,yang meyebabkan terpelihara zahir dan batin dari segala perbuatan dan unsur-unsur (anasir-anasir) yang membawa kepada kemurkaan Allah. Malu seperti inilah yang dikatakan malu kepada Allah. Orang yang malu kepada Allah bersifat taqwa di mana saja dia berada. Tetapi orang yang malu kepada manusia adalah kerana manusia. Hilang malunya jika tidak ada manusia. Adakalanya pula, dia tidak malu lagi kepasa manusia dengan kelakuan yang durjana atau memakai pakaian yang mencolok mata. Tidak malu bererti tidak sopan, tidak beradab, tidak berbudi pekerti dan tidak mempunyai tata tertib.


Malu yang tercela dan tidak dikehendaki


Malu adalah dipuji selama malu itu menjadi unsur pencegah dari kejahatan, pendorong jiwa untuk berbuat kebaikan serta malu itu tidak pula menyebabkan kehilangan hak dan maruah atau kehormatan peribadi.


Malu yang tercela ialah malu berkata dan melakukan suatu perkara yang benar padahal tiada halangan untuk melakukannya. Misalnya, ialah malu menyuruh yang baik dan mencegah perbuatan yang jahat, malu membuat sesuatu yang benar dan menunjukkan sesuatu yang hak kerana takut menyalahi atau bertentang dengan cara orang lain yang terang-terang tidak betul disisi agama. Malu seperti ini bukannya malu, tetapi pengecut yang amat dicela oleh syarak.



Perkara-Perkara yang Dapat Meningkatkan Rasa Malu
Muraqabatullaah (merasa terus diawasi Allah),
Apabila saja seorang hamba itu merasa Allah sedang melihat kepadanya dan berada dekat dengannya, ia akan mendapatkan ilmu ini (muraqabatullaah) karena rasa malunya kepada Allah.
Mensyukuri nikmat Allah,
Sifat malu akan muncul dengan memikirkan nikmat Allah yang tidak terbatas, pada hakikatnya orang yang berakal akan merasa malu untuk menggunakan nikmat Allah untuk berbuat maksiat kepadanya. Serta m
elakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. 

Agama Islam mengutamakan peradaban yang baik walau dimana saja kita berada. Diantara peradaban ituialah memelihara kesopanan peribadi menurut ertikata tidak mahu menempatkan suatu yang memalukan atau yang merendahkan maruah atau mengerjakan perkara yang terlarang atau yang tidak sesuai dengan kedudukan diri. Jika semua ini tidak dijaga dan dipelihara dengan sempurna maka seseorang itu kehilangan harga diri dan nilai hidup yang sebenarnya. Kerana apalah erti hidup jikaseseorang itu tidak menganggap malu itu suatu perasaan yang amat pengaruh atas dirinya hingga kerananya ia tidak mempunya rasa malu kepada Allah dan kepada sesama manusia sebagaimana malu yang ditegaskan oleh Rasulullah sendiri..


Demikian. Wallahu A'lam..

Tuesday, May 3, 2011

Kini dia berteman



Ha! ini la kawan Abyad (arnab besar) yang baru. Baru je dalam 3 hari Abyad dapat kawan baru nie. Kawan baru dia masih xder nama lagi..xtahu la nak bg nama ape. Mereka berdua nie dari baka yang sama iaitu baka Angora. Kawan abyad nie baru berusia 2 minggu...pangkat adik la. hehe... Dua2 comey kan?

Thursday, April 7, 2011

Teman Hati Di Kala Sunyi


Salam... I'm present to u my new pet.. tadaa!!! huhuu.. nie la rabbit yang baru je aku pelihara..agak2 baru seminggu..hehe.. comey x?? comey kan macam tuan dia jugak. Si putih gebu ni bernama ABYAD yang bermaksud "putih" dalam bahasa arab.. Sejak hadirnya dia rutin harian ku berubah.. bagun jer pagi selain aku teringat buah hati tersayang aku akan teringat kan Abyad nie.. Aku akan bersihkan dia dan bersihkan sangkarnya. Hampir seminggu,Abyad sudah mengenali aku sebagai tuan nyer..ape x nya,asyik mengadap dia je,memang la kenal..hehe.. Bydaway, banyak lagi yang perlu aku belajar cara-cara penjagaan rabbit dengan baik supaya Abyad sentiasa dalam keadaan sihat..  

huhu...that's all, hanya ingin berkongsi cerita.. Wassalam..

Tuesday, March 29, 2011

Berfikir Sejenak....

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yangtelah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.



Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah


Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna



Tuesday, March 22, 2011

Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Hendak ku nangis
Tiada berair mata..


Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah dan berhati patah
Hidup gelisa


Alangkah pedih rasa hati selama kau pergi
Tinggal ku sendirian tiada berteman
Dalam kesepian


Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku menambah derita
Kini kau tak kunjung jelma


Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lamanya...


Al-Fatihah untuk awe ku..
Hjh Putih