Friday, May 13, 2011

MALU Salah Satu Cabang Iman

Malu mempunyai pengertian yang besar dalam islam. Sifat malu adalah sebahagian daripada
iman. Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya. Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
Islam menggariskan sifat malu itu perlu ada pada diri setiap muslim sebagai perisai kepada orang yang beriman setiap kali hendak melakukan pekerjaan atau perbuatan dosa. Mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan hari kiamat adalah mereka yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat setiap kali ingin membuat dosa, biarpun ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.
Dari Abi Mas'ud Uqbah bin Amru al-Badri radiyallahu 'anh,katanya : Rasulullah sallallahu'alayhi wa sallam bersabda : Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi terdahulu ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki... Diriwayatkan oleh Bukhari.
Hadith tersebut walaupun ringkas tetapi kemas. Cukuplah untuk dijadikan pedoman atau pengukur nilai akhlak seorang dari segi perbuatannya. Kerana perbuatan mencerminkan nilai kesopanan seseorang. Orang yang sopan tidak mahu berbuat sesuatu yang memalukan atau yang boleh mendatangkan kecelakaan. Sebab orang yang sopan ialah orang yang malu. Malu adalah adab dan tata tertib dunia dan agama sejak dari syariat rasul-rasul dan nabi-nabi terdahulu.
Malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala apa yang terpuji. Sumbernya adalah dari hati atau jiwa yang sedar nilai diri yang percaya kepada pengawasan ALLAH atas gerakgeri,yang meyebabkan terpelihara zahir dan batin dari segala perbuatan dan unsur-unsur (anasir-anasir) yang membawa kepada kemurkaan Allah. Malu seperti inilah yang dikatakan malu kepada Allah. Orang yang malu kepada Allah bersifat taqwa di mana saja dia berada. Tetapi orang yang malu kepada manusia adalah kerana manusia. Hilang malunya jika tidak ada manusia. Adakalanya pula, dia tidak malu lagi kepasa manusia dengan kelakuan yang durjana atau memakai pakaian yang mencolok mata. Tidak malu bererti tidak sopan, tidak beradab, tidak berbudi pekerti dan tidak mempunyai tata tertib.


Malu yang tercela dan tidak dikehendaki


Malu adalah dipuji selama malu itu menjadi unsur pencegah dari kejahatan, pendorong jiwa untuk berbuat kebaikan serta malu itu tidak pula menyebabkan kehilangan hak dan maruah atau kehormatan peribadi.


Malu yang tercela ialah malu berkata dan melakukan suatu perkara yang benar padahal tiada halangan untuk melakukannya. Misalnya, ialah malu menyuruh yang baik dan mencegah perbuatan yang jahat, malu membuat sesuatu yang benar dan menunjukkan sesuatu yang hak kerana takut menyalahi atau bertentang dengan cara orang lain yang terang-terang tidak betul disisi agama. Malu seperti ini bukannya malu, tetapi pengecut yang amat dicela oleh syarak.



Perkara-Perkara yang Dapat Meningkatkan Rasa Malu
Muraqabatullaah (merasa terus diawasi Allah),
Apabila saja seorang hamba itu merasa Allah sedang melihat kepadanya dan berada dekat dengannya, ia akan mendapatkan ilmu ini (muraqabatullaah) karena rasa malunya kepada Allah.
Mensyukuri nikmat Allah,
Sifat malu akan muncul dengan memikirkan nikmat Allah yang tidak terbatas, pada hakikatnya orang yang berakal akan merasa malu untuk menggunakan nikmat Allah untuk berbuat maksiat kepadanya. Serta m
elakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. 

Agama Islam mengutamakan peradaban yang baik walau dimana saja kita berada. Diantara peradaban ituialah memelihara kesopanan peribadi menurut ertikata tidak mahu menempatkan suatu yang memalukan atau yang merendahkan maruah atau mengerjakan perkara yang terlarang atau yang tidak sesuai dengan kedudukan diri. Jika semua ini tidak dijaga dan dipelihara dengan sempurna maka seseorang itu kehilangan harga diri dan nilai hidup yang sebenarnya. Kerana apalah erti hidup jikaseseorang itu tidak menganggap malu itu suatu perasaan yang amat pengaruh atas dirinya hingga kerananya ia tidak mempunya rasa malu kepada Allah dan kepada sesama manusia sebagaimana malu yang ditegaskan oleh Rasulullah sendiri..


Demikian. Wallahu A'lam..

Tuesday, May 3, 2011

Kini dia berteman



Ha! ini la kawan Abyad (arnab besar) yang baru. Baru je dalam 3 hari Abyad dapat kawan baru nie. Kawan baru dia masih xder nama lagi..xtahu la nak bg nama ape. Mereka berdua nie dari baka yang sama iaitu baka Angora. Kawan abyad nie baru berusia 2 minggu...pangkat adik la. hehe... Dua2 comey kan?