Saturday, August 3, 2013

Kenapa Kubur Wanita Digali Sedalam 7kaki Berbanding Kubur Lelaki 5kaki???

Assalamualaikum..
Bermula sebuah cerita...

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ya sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam islam apabila lelaki meninggal dunia, kuburnya digali sedalam 5kaki tetapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7kaki..??

Suami : Ooo...(tersenyum) Kalau nak tahu Islam ini agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam daripada lelaki kerana jika berlaku banjir berkemungkinan besar jenazah boleh terapung dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Itulah sebabnya kubur wanita digali lebih dalam. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita , sehinggakan ketika nyawa sudah melayang dari jasad, Islam masih melindungi aurat kaum wanita.

Isteri : Subhanallah.. Besarnya kuasa Allah dan betapa sayangnya Allah pada kaum hawa ya abang.

Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah auratmu dengan sempurna ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAllah, Allah juga akan membantu melindungi auratmu walaupun nyawa  sudah tiada suatu hari kelak. #selfnote.