Saturday, October 5, 2013

Ketika Hati Wanita Disakiti....

Tak ramai lelaki yang tahu bagaimana keadaan hati wanita ketika bersedih...

Wanita marah bukan bererti dia pemarah, melainkan hatinya tengah terluka

Wanita yang cenderung diam bukan bererti dia egois atau pun acuh tak acuh, melainkan diam itu lebih baik untuknya

Ketika hati wanita disakiti, mungkin susah digambarkan dengan apa pun
namun, hancurnya hati wanita ketika disakiti lebih dari air matanya yang mengalir dengan perlahan

Ketika hati wanita disakiti
Tak banyak yang dia dapat lakukan
yang ia tahu hanyalah air mata mengalir membasahi pipinya
yang ia tahu dadanya yang terasa sebak
yang ia tahu hanyalah sebuah tanda cinta-Nya

Jika kau ingin mengenggamnya, maka genggamlah dengan halus
Jika kau ingin melepaskannya, lepaskan lah dengan perlahan

Kerana ia adalah makhluk yang sangat rapuh
Jika diibaratkan kaca, maka jangan terlalu kasar membersihkannya
kerana ia akan mudah tercalar

Jika kau mahu meletakkannya, jangan kau letakkanya terlalu kasar
kerana ia akan mudah pecah

Begitulah Hati WANITA ♥

Saturday, August 3, 2013

Kenapa Kubur Wanita Digali Sedalam 7kaki Berbanding Kubur Lelaki 5kaki???

Assalamualaikum..
Bermula sebuah cerita...

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ya sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam islam apabila lelaki meninggal dunia, kuburnya digali sedalam 5kaki tetapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7kaki..??

Suami : Ooo...(tersenyum) Kalau nak tahu Islam ini agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam daripada lelaki kerana jika berlaku banjir berkemungkinan besar jenazah boleh terapung dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Itulah sebabnya kubur wanita digali lebih dalam. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita , sehinggakan ketika nyawa sudah melayang dari jasad, Islam masih melindungi aurat kaum wanita.

Isteri : Subhanallah.. Besarnya kuasa Allah dan betapa sayangnya Allah pada kaum hawa ya abang.

Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah auratmu dengan sempurna ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAllah, Allah juga akan membantu melindungi auratmu walaupun nyawa  sudah tiada suatu hari kelak. #selfnote.


Friday, July 5, 2013

Senyum =)

Mereka cuma mahu kau faham satu perkara: sentiasa tersenyum tak bermakna gembira, cuma itu saja cara untuk sembunyikan rasa duka dalam hati

Monday, June 10, 2013

Saat masanya aku berdiam...



Tiba masanya aku tidak mampu berkata apa-apa.. 

Thursday, May 30, 2013

Sedappp...=)).

Assalamualaikum...
Kali nie aku nk share something dengan kowang... Sejak parents aku pergi Umrah nie, mkan minum aku mula la haru biru dibuatnya.. aku mkn ape saja yang boleh mengenyangkan perut aku. Kalo sel rajin terlebih dlm badan aku nie, aku akan masak tapi kalo sel malas yang terlebih ape lagi g Tesco depan rumah beli je ape yang besh2 (makanan ready made) untuk dimakan ... hehe =)

Apa yang aku nk share now, aku da try 2 jenis makanan baru... haha.. nk tahu??
                                                                           Taraaa.... >>>


Haaa..ni la dia makanan yg baru aku try.. not bad la..sedap jugak. ok, ape yg kowg sume nmpk kat situ 1 Pasta (spaghetti al Pesto) haha..tetiba plak lidah aku jdi lidah Itali kn.. haha and yg lagi 1 tu plak Dim Sum with Chicken Soup. haa..nie lidah Cina plak.. mcm2 la...aku nie memang suka mencuba benda yg pelik2. Tapi yg penting kedua-dua makanan nie mudah dimasak yg Dim Sum tu ready to eat in 4min,juz masuk dlm microwave.. Siap! Pasta tu pn lebih kurang jer..

So, lepas nie korang bleh nk cuba plak kat Tesco belambak je benda nie.. Jgn risau harga nya sgt la berpatutan..

ok Tq for reading..

Daa~~
Salam..

Wednesday, April 24, 2013

Padang Ragut UPM

Assalamualaikum..

Hah! kali nie aku nk cerita pengalaman aku kali pertama g Padang Ragut UPM.. Haha! Walaupun dda hampir 2 tahun aku menjadi pengguni UPM, tapi ini la kali pertama aku g Padang Ragut nie.. itu pun kebetulan ada buat program membaca  "Haiyya Iqraa" nk bwk bdk2 dari sekolah Menengah Putrajaya Persint 9(1) nie..kalo x xder makna aku nk g tempat nie..hehehe.. nk kate jauh xla jauh mana pun kira 15 minit dari kawasan kediaman pelajar2 UPM.

Aku pun ape lagi excited la jugak nk g Padang Ragut nie.. kabar nyer view dia cantik..sampai jadi tempat pengambaran cite Lagenda Budak Setan tuu.. ala xkn xtgk kot!! Tapi sebelum tu, kowg mesti tertnya2 knp tempat nie dinamakan Padang Ragut kn,kn,kn?? hehe, actually di kawasan ini lah tempat ternakan lembu2 dan kuda2 bagi pihak UPM. Disebabkan bnyak lembu dan kuda la dinmakan Padang Ragut sbb binatang2 nie mkn dan meragut rumput2, ahak!..hahaa.. (sebenarnya aku pun xtahu sgt, agk2 jer) hehehe...

Tapi ok la tempat dia, menarik dan memang view dia cantik bangat.. Aku nie sebgai fasi bwk bdk2 tu g lawatan tapi fasi pulak yg melebih2 amik gambar..hehehe.. tgk nie>>>




Bagi mereka yg mencari lokasi menarik untuk pengambaran foto boleh la datang ke Padang Ragut UPM ye..
Sekian, Terima Kasih


Thursday, March 14, 2013

Keychain Pepel Fieltro #part 2


Assalamualikum...
Hasilan KeyChain terbaru...
Yang lebih menarik dan tentu sekali menawan hati...




Kerjasama daripada sis tersayang... 
Kredit to Shazwani Mansor =)