~ Rekreasi Hati ~

...Renungan Bersama...

               Sabda Rasulullah s.a.w

"Lihatlah kepada orang yang rendah darimu,dan janganla engkau melihat orang yang lebih tinggi darimu kerna itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu"

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang yang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka)

Surah al-Muddathir : ayat 1-4 Firman Allah s.w.t yang bermaksud :


  ...Buat Diriku Yang Mudah Lupa....             

                >Tipu daya dunia<

Daripada Qatadah bin Nu'man, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Apabila Allah mengasihi seorang hamba,maka Allah mengawasinya dari dunia (daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnyadaripada terkena air(jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air).

Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Pengajaran : Segala kepayahan yg kita hadapi mempunyai hikmah si sebaliknya.Terimalah kesusahandengan hati yang terbuka dan jangan mengeluh.


                 >Ilmu itu wajib<

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasullulah SAW bersabda yg bermaksud :
"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim"

Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la

Pengajaran : Dianjurkan menuntut ilmu di mana saja kita berada kerana apa yang kita lakukan adalah mengikut ilmu yang kita ketahui.


              >Larangan menakut-nakutkan<

Daripada sebahagia sahabat r.a Nabi bersabda yang bermaksud :
"Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakutkan seorang Muslim yang lain"

Riwayat Abu Daud dan Ahmad

Pengajaran : Dalam mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita, perlulah ada siap kasih-mengasihi,bantu-membantu dan sifat yag diberkati Allah.


              >Memilih sahabat<


Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat"

Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim


Pengajaran : Kita perlu cerewet memilih sahabat kerana bertemu dengan seorang sabahat yang baik adalah suatu ketenangan dlm jiwa.
           
               >Ibarat perantau<

Daripada Ibn Umar r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Jadila kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalanan"

Riwayat al-Bukhari

Pengajaran : Pengembaraan terakhirbagi kehidupan di dunia ini adalah kubur.Apabila tiba masanya, berakhirlah amalan yang dijadikan sebagai bekalan.

               >Serangan jahat<

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Perbuatan-perbuatan baik melindungi serangan jahat"

Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad

Pengajaran : Jika kita mengamalkan perbuatan yg baik yg diambil daripada sunah Rasulullah,maka kita telah menutup pintu jiwa daripada dimasuki kejahatan.