~ Bakal GuRu ~


Guru Oh Guru

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta
Jika hari ini seoang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Osman Awang ♥



CABARAN PROFESSION PERGURUAN

Profesion perguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar malah terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung profesion perguruan dewasa ini.Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujanipelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak diduga.
Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia akan terjejas. Guru profesional adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya disamping sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri. Matlamat kerjaya seorang guru ilah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan. Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat pentingdalam pembangunan ekonomidan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinanan modal insan. Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjaya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan. Antara cabaran yang perlu ditangani para pendidik kini adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing.
Ini kerana masyarakat kini bersifat dinamik dan progresif serta mula menyedari bahawa pendidikanadalah alat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup kelak. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu,kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini pandangan masyaratakt terhadap profesion perguruan mula berubah?? Jika dulu dipandang tinggi tetapi kini seakan-akan terpinggir.

Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion perguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja kerana hanya mereka yang mempunyai kualiti berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Disamping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberi penekanan sewajarnya.