Tuesday, November 22, 2011

~Kenapa Wanita Mudah Menangis~

Setiap wanita sememangnya dikurnikan hati yang tulus, lembut dan mudah tersentuh. Wanita merupakan insan yang paling mudah menangis. Ada juga yang menyatakan bahawa menangis merupakan hobi wanita..hehe..btol ke?

Mengikut kajian. komposisi air mata wanita mengikut sebab dia menangis. Menangis sebab gembira, menangis sebab takut, menangis sebab terharu,masing-masing mempunyai kandungan air mata yang berbeza-beza. Fitrah seorang wanita menangis kerana Allah jadikan tangisan wanita itu untuk mencuci matanya dan membuang bahan-bahan kimia yang negatif yang menyebabkan stress dalam badan. Wanita cuci mata dengan menangis tetapi kaum adam cuci mata dengan melihat wanita menangis. Mata wanita akan bersih selepas menangis..

Antara punca kenapa wanita mudah menangis adalah untuk menghilangkan stress. Apabila seorang wanita menangis emosinya turun ke tahap yang paling rendah dan pastinya dia akan berasa lega dan emosinya stabil dengan menangis. Wanita juga mudah menangis apabila menghadapi tekanan.

Tangisan wanita juga merupakan satu ugutan emosi. Contonya, apabila seorang wanita menangis sudah tentu orang disekeliling akan lintang pukang dan menjadi hilang punca..hehe... terutama apabila seorang suami melihat isterinya menangis. Sudah pasti suami akan berasa kebingungan dan rasa bersalah. 

Percaya tak kalau saya cakap apabila wanita menangis dunia berhenti sebentar. "the world will stop for the moment because a women cry" Contonya, seorang guru perempuan menangis sudah pasti murid-murid akan kebingungan dan tergamam, dan pastinya murid perempuan juga akan turut menangis. Nampak x!
hebatnya tangisan seorang wanita.

Bagi wanita yang mudah menangis, ada cara untuk mengatasinya. Caranya ialah banyakkan memberi senyuman. Apabila anda ingin menangis cubalah untuk senyum dahulu sebelum membayangkan peristiwa yang sedih itu. Ini kerana apabila kita senyum pelbagai hormon positif akan keluar seperti hormon indofin.

Tangisan wanita yang berkualiti adalah seperti tangisan wanita yang bertaubat, semasa bermunajad kepada Allah,  mengenang pengorbanan Rasul, tanda syukur dan redha dan akhir sekali ialah tanda bahagia.


No comments: